EHEM....EHEMM.....


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 9, 2010

emosi rooney


RUSTENBURG: Wayne Rooney diberi amaran supaya lebih bijak mengawal emosinya jika tidak mahu tragedi kad merah yang pernah menghantui kariernya pada Piala Dunia 2006 berulang lagi.Kegagalan Rooney mengawal emosi mula terserlah ketika perlawanan pemanas badan England kelmarin walaupun menang 3-0 ke atas kelab Afrika Selatan, Platinum Stars, dia dikenakan kad kuning kerana sering mengasari lawan selain didakwa bersikap kurang ajar terhadap pegawai perlawanan.


Pengadil perlawanan itu, Jeff Selogilwe menerima ucapan maaf serta jersi yang dipakai Rooney selepas perlawanan tetapi itu tidak menghalangnya daripada menasihatkan penyerang Manchester United itu supaya lebih berdisiplin setiap kali bermain. Rooney pernah dilayangkan kad merah ketika kekalahan suku akhir England di tangan Portugal pada Piala Dunia 2006.


“Saya kecewa dengan apa dipersembahkan Rooney kerana dia pemain kegemaran saya,” kata Selogilwe.


“Dia hebat apabila anda menyaksikan menerusi televisyen tetapi tidak apabila anda melihatnya di padang. Dia sering hina pengadil.


“Bagi saya, saya melihat Rooney menghina individu lain serta mengasari pemain lawan. Jika dia boleh menghina pengadil seperti saya, sudah tentu dia akan menggunakan bahasa yang kasar kepada pengadil lain.


“Dia mesti pandai mengawal emosinya. Dia boleh diarahkan keluar padang pada Piala Dunia nanti jika dia menggunakan bahasa yang kasar seperti itu.” Kepentingan Rooney di dalam kesebelasan England sekali lagi terpancar kelmarin apabila kehadirannya di babak kedua dilihat berjaya membantu England yang satu ketika bergelut mengekalkan penguasaan. - AFP

No comments:

Post a Comment