EHEM....EHEMM.....


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 9, 2010

peluang masih ada>>>>>>>>>>

BAGI yang berminat untuk menyertai Pertandingan Cabaran Biskut Daisy Sehebat Chef anjuran jenama minyak jagung, Daisy, penyertaan masih dibuka sehingga 14 Jun ini.
Pertandingan ini tidak hanya terbuka kepada semua usahawan termasuk pengusaha industri kecil atau sederhana malah suri rumah yang mempunyai minat mendalam menghasilkan biskut turut dialu-alukan menyertainya.


Bagaimanapun, hanya 50 peserta terawal yang mendaftar saja dijemput untuk menghadiri Karnival Cabaran Biskut Daisy Sehebat Chef yang bakal diadakan pada 26 Jun depan di Balai Berita, Kuala Lumpur.


Selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk wang tunai berjumlah lebih RM10,000, peserta akan bertemu dengan duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol di karnival berkenaan.


Panel juri akan memilih 20 peserta untuk bertanding di peringkat separuh akhir bagi menentukan lima resipi terbaik untuk ke pusingan akhir.


Pengurus Kanan Produk Produk Minyak Jagung Daisy, Joy Ding, berkata pada peringkat akhir, peserta perlu menghasilkan biskut mengikut resipi yang mereka hantarkan di hadapan juri.


Pada peringkat awal, peserta tidak diwajibkan untuk menggunakan minyak jagung dalam resipi mereka tetapi jika mara ke pusingan akhir, mereka perlu menggunakan minyak berkenaan.


"Lima finalis yang berbakat itu akan berpeluang muncul di akhbar ini. Publisiti yang mereka terima bakal membantu memantapkan pasaran perniagaan mereka menjelang musim perayaan kelak.


"Barisan panel juri akan memilih juara antara lima peserta berkenaan untuk membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM5,000 berserta pelbagai hadiah iringan.


"Jadi, bagi yang mempunyai bakat membuat biskut, jangan ketinggalan menyertai pertandingan ini kerana ia menawarkan pengalaman dan pelbagai hadiah menarik untuk dimiliki," katanya.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan berkenaan, hubungi Faradina di talian 03-20569556 atau Zul di talian 03-20569838. Mereka yang berminat juga boleh menghantar e-mel ke faradina.nstp@gmail.com dan layari laman web www.hmetro.com.my.

No comments:

Post a Comment