EHEM....EHEMM.....


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 2, 2010

:::::girl melayu:::;;




20 hari dapat RM10,000

DENGAN hanya membuat tempahan menerusi panggilan telefon, dua agensi ‘social escort’ membawa ‘call girl’ mereka berjumpa wartawan Metro Ahad (MA) di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Seperti dijanjikan, mereka membawa beberapa ‘call girl’ Melayu untuk dipilih. Agensi pertama membawa tiga ‘call girl’ manakala agensi kedua membawa dua.

Selepas dipilih dan bayaran dijelaskan, ejen itu meninggalkan ‘call girl’ berkenaan sambil memberitahu dia akan mengambilnya semula dalam tempoh sejam.

‘Call girl’ pertama dikenali sebagai Anne ditemui kira-kira jam 11 malam manakala yang kedua, Mimi ditemui jam 1 pagi. Kedua-duanya berpakaian seksi dan memiliki wajah cantik dengan potongan badan ala model.

Berikut perbualan yang dirakam wartawan Metro Ahad menggunakan alat perakam suara yang dis




ANNE: Ikut abanglah, lagi saya suka. Tak payah nak buang tenaga.

MA: Kenapa muka lawa macam ini buat keje call girl?
ANNE: Kerja senang bang, boleh buat banyak duit.

MA: Senang ke kerja macam ini?
ANNE: Senang je. Saya hanya perlu ‘standby’ (bersiap sedia). Dalam kereta, kedai makan atau rumah. Bila ejen dapat panggilan, saya dihantar kepada pelanggan. Kebanyakan pelanggan biasanya ‘pakai’ saya untuk tempoh sejam saja sebab tak ada duit nak bayar lebih.

MA: Boleh kaya ke kerja ‘call girl’ ni?
ANNE: Saya pernah dapat RM10,000 dengan hanya bekerja 20 hari. Sehari kalau lima pelanggan dapat komisen RM500. Kerja 20 hari dah dapat 10,000.

MA: You orang KL ke?
ANNE: Tak, Johor.

MA: Ada mak bapak lagi?
ANNE: Ada. Kalau dia orang tahu saya buat kerja macam ini, habislah saya.

MA: Tau takut. Macam mana boleh terjebak buat kerja ini? Ada orang paksa?
ANNE: Tak ada orang paksa pun. Semua kerelaan sendiri. Ikut kawan tak betul, macam inilah jadinya. Dulu saya budak baik bang, pakai baju kurung, pakai tudung. Bila sampai KL kejap je saya bertukar jadi liar. Mula-mula ‘kaki clubbing’, bila dah kenal macam-macam orang, ada yang tawarkan kerja ‘call girl’. Cuba sajalah.

MA: Berapa lama dah kerja macam ni?
ANNE: Baru lima bulan, tapi saya dah boleh pakai kereta sendiri, sewa kondominium dan pakai pakaian berjenama. Tapi bang, walaupun dapat banyak duit, saya selalu rasa macam tak cukup duit. Duit tu tak tahu ke mana perginya.

MA: Dah duit haram. Macam tulah. Bila nak berhenti?
ANNE: Entah. Sekarang tengah seronok.

MA: Umur berapa?
ANNE: Awal 20-an.

Perbualan bagaimanapun terhenti apabila Anne menerima panggilan telefon daripada seseorang.

ANNE: Abang, sebenarnya saya dah nak balik tadi. Tapi ‘tauke’ suruh datang sebab abang ‘call’. Kawan saya dah lama tunggu sebab kita orang ada hal.

MA: Nak pergi mana? Clubbing?
ANNE: Tak, nak balik rumah. (senyum). Penat. Kenalah jaga badan bang.

MA: Ikut suka awaklah.
ANNE: Abang jangan marah ya.

MA: Berapa bayaran?
ANNE: Sama saja. Berbual pun RM250.


MIMI:

MIMI: Jom abang, mandi.
MA: Sabar la, baru je masuk bilik.

MIMI: Nak balik dah abang, letih. Hari ini ramai US Navy (Tentera Laut Amerika Syarikat) kena layan. Tak larat.
MA: Wow, mat saleh pun you layan. Hebat.

MIMI: Nak buat macam mana. Kalau tak buat, tauke marah. Lagipun, mereka bayar lebih. RM500 sejam. Dua kali ganda abang bayar. Jomlah abang, mandi. Kita terus buat. Saya nak balik dah lepas ni. Abang last customer ni.
MA: Hish, tak nak la saya. Lepas US Navy, bahaya. Kita sembang je lah 10 atau 20 minit. Lepas tu nak balik, baliklah.

MIMI: Abang dari mana ni?
MA: Baru lepas balik kerja.

MIMI: Kerja kat mana?

MA: Dekat sini saja. Selalunya, siapa yang pakai awak?
MIMI: Semua jenis orang ada abang oi.

MA: Umur berapa? Nampak muda je, orang lawa pun buat kerja macam ini.
MIMI: Ala bang, dah 25 tahun. Lelaki ini semua suka ‘free’. Dahlah kita bagi ‘free’, kadangkala duit kita pun dia kebas. Baik kerja macam ini. Nak pakai, bayar. Saya tak nak jadi macam bohsia. Memper*****kan diri kita. Lebih baik kita cari duit betul-betul. Nanti taubat la.

MA: Oh, ada niat nak taubat. Tapi caranya tak betul. Macam tu senanglah, kita buat benda yang kita tahu dosa, nanti kita taubat. Kalau curi, kena tangkap polis boleh taubatkah? Kena jel dulu juga. Ini pun ada balasan Tuhan cik adik oi.

MIMI: Ala abang. Janji kita tak kacau orang, tak bunuh orang, tak bagi orang marah. Di luar tu, lagi banyak penjenayah. Abang, saya nak balik. Abang tak mau ke?

MA: Malaslah, bekas US Navy. Lain kalilah. Terima kasih.
MIMI: Patutnya saya yang kena terima kasih. Selamat saya... kalau semua ‘customer’ macam ini, syukur.

2 comments: