EHEM....EHEMM.....


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 13, 2010

::::::CinTa LaGi::::::::









Cerpen : Cinta lagi?


Pepohon menghijau yang rendang menghiasi taman yang sedia indah itu. Dia terpesona dengan keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.. Subhanallah, maha suci Allah, pencipta seluruh alam beserta isinya. Dia terus mengucapkan rasa syukur kerana masih lagi berpeluang menikmati keindahan alam fana ini. Dalam keasyikan melayani keindahan taman yang indah itu, tiba-tiba bayangan seseorang melintasi kalbu matanya. Gadis itu terkesima. Terkejut dengan apa yang baru sahaja melintas di hadapannya. Sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Ya, seseorang yang amat dia dambakan kehadirannya. "Nizam!!!..." Nurin berteriak memanggil nama itu. Ya, dia baru saja melihat Nizam. Wajah bersih Nizam yang baru dilihatnya tadi begitu ceria. Nizam berpakaian lengkap serba putih. Namun, Nizam hilang dari pandangan matanya dalam sekelip mata. Nurin kehilangan arah. Apa yang didengar olehnya kini hanyalah suara seseorang memanggil namanya.
"Aisya, bangun sayang…mummy ada kat sini." Lantaran itu Nurin tersedar. Dia tidak lagi berada di taman yang indah dan permai sebaliknya di suatu tempat yang asing baginya. Dia kini berada dalam satu bilik yang serba putih serta sejuk. Tubuhnya terkujur di atas katil ditemani ibunya, Auni Natasya dan Zahlia
"Mummy, Aisya ada kat mana nie?"
"Aisya ada kat hospital sayang…Aisya pengsan semalam. Ingat tak? Aisya pengsan kat pusara Nizam."
"Pusara? Maksud mummy, kubur?...Nizam…..? Kenapa dengan Nizam? Nizam masih hidup la mummy. Baru je tadi Aisya jumpa dia." Otak Nurin mula memikirkan sesuatu yang di luar batasan pemikirannya. Dia seakan tidak dapat menerima hakikat kematian Nizam.
"Nurin Aisya, itu hanya mimpi sayang. Mimpi itu mainan tidur. Nizam dah tak ada.Aisya kena terima hakikat tu."
"Tidak….tidak…Aisya tak percaya….mummy tipu.."
Auni Natasya dan Zahlia terpaksa memanggil doktor untuk menenangkan Nurin yang sudah mula meracau. Nurin diberi ubat penenang dan tertidur semula.



5 bulan kemudian….
"Alia, jom kita ke kantin. Aku lapar la" Nurin merengek kelaparan mengajak Zahlia menemaninya makan.
"Jomlah, kesian aku tengok kau nie. Dah makin kurus pun. Berapa hari kau tak makan hah? Zahlia sengaja mengusik Nurin. Dia tahu kawannya itu memang lapar kerana tidak menyentuh makanan dari semalam.
Setelah Auni Natasya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, Zahlialah yang selalu menemani Nurin ke hulu dan ke hilir. Zahlia faham benar dengan perangai Nurin yang susah hendak mencari kawan. Dulu, kalau bukan dia yang mengajak Nurin menjadi kawan, mungkin mereka tidak akan menjadi sahabat karib seperti sekarang. Sebab itulah Zahlia menolak untuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebaliknya memilih untuk ke matrikulasi bersama-sama Nurin. Dia bimbang jika Nurin tidak dapat menyesuaikan diri. Tambahan pula, igauan ngeri kematian Nizam masih lagi menghantui Nurin.
Dalam perjalanan ke bilik tutorial, Nurin dan Zahlia berbual-bual sambil bergurau senda. Dan kerana keasyikan mereka bergurau, Nurin tidak sedar dirinya telah terlanggar seseorang. Alamak, lelaki!!!
"Er…er…awak tak apa-apa? Maafkan saya ek.." Nurin sedikit menggelabah
"Tak ada apa-apa..saya ok je. Awak tak sakit ke?" lelaki itu pula yang bertanya.
"Tak...tak…saya tak sakit pun. Sekali lagi, saya minta maaf sangat-sangat." Nurin sekali lagi meminta maaf. Dia menundukkan kepala dan merendahkan badannya untuk mengambil bukunya yang jatuh akibat perlanggaran tadi.
"Nama saya Nurin Aisya. Praktikum H8P5" Nurin memperkenalkan dirinya sambil tangannya ligat memungut buku. Namun dia hampa. Tiada balasan perkenalan dari lelaki itu. Nurin mendongakkan kepalanya. Lelaki itu sudah tiada di situ. Hanya Zahlia yang ada di situ sambil menghamburkan tawanya.
"Eh...eh…pandai plak kau nak berkenal-kenalan ek..."
"Mana ada ler. Aku just nak minta maaf dengan dia je."
"Apa? Aku salah dengar ke apa nie? Minta maaf? Dah dua kali kau minta maaf tadi. Nak cukupkan tiga kali ke hah?" Zahlia terus mengasak Nurin sambil ketawa.
"Argh, malas aku nak layan kau Alia. Layan jiwang lagi best." Kata Nurin lantas mula mengorak langkah ke bilik tutorial.



HARI ini, Nurin ke kuliah lebih awal. Masih ada satu jam sebelum kuliah bermula. Entah mengapa dirinya begitu bersemangat hari ini. Sedang asyik mengelamun, terlintas di fikirannya untuk meronda-ronda di sekitar kolej matrikulasi itu. Sudah lama dia tidak melakukan rutin itu. Setelah penat berjalan-jalan, Nurin singgah berehat di Anjung Impian. Di situ dia terlihat sekeping notis yang tertampal di papan kenyataan.
"SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SIDANG REDAKSI MAJALAH SEDETIK KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG, SILA ISIKAN NAMA, NOMBOR TELEFON, NOMBOR MATRIK BESERTA PRAKTIKUM ANDA DI KERTAS YANG DILAMPIRKAN DI SEBELAH. SEKIAN HARAP MAKLUM!!!" -ENCIK MAHFUZ
Itulah kandungan notis yang tertampal di situ. Tanpa melengahkan masa, Nurin terus mengisi namanya di situ. Dia sememangnya sudah lama berminat untuk menyertai sidang redaksi penerbitan majalah. Semenjak di SMK Mulong lagi dia telah mencuba nasib untuk menyertai sidang redaksi namun nasib tidak menyebelahinya. Melalui majalah sekolahlah dia berjaya mengetengahkan hasil penulisannya. Karyanya yang bertajuk "ADAKAH MENTARI KAN BERSINAR KEMBALI" begitu digilai oleh para pelajar malah karya itu juga telah disiarkan di akhbar tempatan.
Petang itu Nurin dikehendaki ke sekolah untuk sesi ujibakat. Sebelum dia ke sekolah, dia telah melakukan solat hajat dan berdoa untuk memohon kejayaan daripada Allah. Dan mungkin kerana berkat doanya itu, dia terpilih untuk menyertai sidang redaksi malahan sebagai Penolong Ketua Redaksi. Petang itu juga satu kejutan menimpa dirinya.
"Assalamualaikum semua. First of all, saya nak ucapkan selamat datang kepada ahli baru sidang redaksi.Semoga kalian semua dapat bekerjasama dengan baik demi menerbitkan majalah kolej yang lebih mantap dan berkualiti." Encik Rosli selaku guru penasihat memberikan sedikit kata perangsang.
"Baik encik"
"Ok! Sekarang saya ingin memperkenalkan Ketua Sidang Redaksi kita iaitu Ahmad Fikrey Bin Muhammad. Fikrey, sila bagi ucapan." Kata Encik Rosli seraya memberi peluang kepada Fikrey memberi ucapan.
Nurin ketika itu hamper terjatuh dari kerusi apabila melihat lelaki yang menjadi ketua redaksi itu. Lelaki yang dilanggarnya semalam. Bodohnya dia apabila tidak menyedari yang dia akan berkerjasama dengan lelaki itu. Okay jugak namanya, Ahmad Fikrey!
Selesai sahaja Ahmad Fikrey memberikan ucapan, sidang majlis diarahkan bersurai. Nurin mengambil peluang tersebut untuk berjumpa dengan Ahmad Fikrey. Kali ini, Ahmad Fikrey tidak dapat mengelak dan terpaksa berhadapan dengan Nurin. Namun tiada apa yang dipinta oleh Nurin melainkan kemaafan yang ikhlas dari mulut Ahmad Fikrey dan dia lega apabila Ahmad Fikrey memaafkannya.
Kini bermulalah episode baru dalam hidup Nurin. Nurin semakin mesra dengan Ahmad Fikrey. Ahmad Fikrey juga semakin rapat dengan Nurin. Nurin dengan terbuka menceritakan hal peribadinya termasuklah kenangannya dengan arwah Nizam. Ahmad Fikrey turut bersimpati mendengarkan hal tersebut.
Nurin kini dapat merasakan sesuatu perubahan dalam dirinya. Timbul satu perasaan aneh yang tak dapat dibendung dalam dirinya-cinta. Ya, cinta! Hatinya sudah mula belajar untuk menyintai Ahmad Fikrey. Nurin bertekad untuk berterus-terang dengan Ahmad Fikrey. Dia tidak boleh menipu diri sendiri lagi. Biarlah dikata perigi mencari timba, dia sudah tidak kisah semua itu. Kali ini, dia mahukan cinta yang tulus dan ikhlas serta akan kekal selamanya.
Alhamdulillah, Nurin tidak bertepuk sebelah tangan. Ahmad Fikrey juga ada menyimpan perasaan terhadapnya. Alangkah bahagianya Nurin ketika itu. Nurin bertekad tidak mahu menjadi seperti pasangan bercinta yang lain. Di alam percintaan memanglah hebat tetapi pelajaran lingkup. Nurin dan Ahmad Fikrey berjanji untuk sama-sama menjejakkan kaki ke menara gading.
Awan yang berarak tenang tiba-tiba berubah menjadi ribut yang maha dahsyat. Kemesraan antara mereka mula terencat apabila Nurin mula menjauhkan diri daripada Ahmad Fikrey. Nurin tidak mahu Ahmad Fikrey menaruh harapan yang tinggi terhadap hubungan mereka. Semuanya bermula apabila dia dikerahkan oleh Dr. Haikal untuk ke hospital. Apa yang dikhabarkan oleh doktor muda itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. "Semasa awak pengsan kira-kira setahun yang lalu, kami telah mengambil sampel darah awak untuk diuji dan sekarang hasilnya……" Dr. Haikal tidak dapat meneruskan kata-katanya. "Hasilnya apa Dr. Haikal?" Nurin cuba meminta kepastian
"Final stage of leukemia.." Dr. Haikal memberitahu Nurin dengan suara yang sedikit perlahan. "What? Nonsense! I don’t believe a word of it. Maybe Dr. Haikal tersilap." Nurin cuba untuk menafikannya. "Sorry to say but that was the fact. Pihak kami dah ulang proses ini berkali-kali and…the result is still the same. I’m so sorry." Ujar Dr. Haikal tenang.
"Tapi mengapa mesti sekarang doktor? Kenapa bukan dari dulu lagi?"
"Maafkan pihak kami saudari Nurin. Sampel darah cik telah lama kami uji. Cuma keputusannya lambat diketahui. Ada kesilapan di sebelah pihak kami. Maafkan saya."
Hati Nurin kini dirudum keresahan. Jika mengikut perkiraan Dr. Haikal, tempohnya di dunia yang fana ini hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi. Ini bermakna dia tidak akan sempat menghabiskan baki pelajarannya di KMPP yang berbaki empat bulan lagi.Hal penyakitnya terpaksa dirahsiakan. Bimbang menyusahkan orang lain. Ibunya sendiri tidak diberitahu tentang hal itu apatah lagi Ahmad Fikrey. Nurin hanya berjumpa Ahmad Fikrey apabila merasakan dirinya sihat. Apabila ditanya mengapa kerap menjauhkan dirinya, dia akan mengatakan kesibukan mengatasi segalanya.Setelah Nurin kerap menjauhkan diri daripadanya, Ahmad Fikrey selalu ditemani Zahlia, teman rapat Nurin. Ahmad Fikrey merasakan dirinya bertuah memiliki seorang kawan yang memahami seperti Zahlia. Seorang kawan yang memahami kekecewaan dirinya.

3 BULAN KEMUDIAN……
Setelah pengkebumian Nurin selesai, Ahmad Fikrey pulang ke rumah dengan langkah yang lesu. Ahmad Fikrey menangis kerana terkenang saat bahagianya dengan Nurin Aisya. Tiba-tiba dia teringat akan surat yang diberi oleh ibu Nurin di tanah perkuburan tadi. Ahmad Fikrey membuka lipatan surat itu dengan hati-hati.
Ahmad Fikrey,
Terlebih dahulu kemaafan yang Nurin pinta kerana merahsiakan penyakit Nurin dari pengetahuan Fikrey. Bukan maksud Nurin untuk merahsiakannya tetapi apakan daya, Nurin tidak mahu Fikrey menanggung kesedihan bila mengetahuinya. Nurin ingin lihat Fikrey gembira.
Kegembiraan Fikrey adalah kegembiraan Nurin. Kesedihan Fikrey adalah kedukaan bagi Nurin. Sebenarnya, Nurin menghidap leukemia dan ianya dikesan amat lambat. Diakhir kata, janganlah menangis di atas kepergian Nurin. Tolong habiskan pengajian hingga ke akhirnya. Buktikan segulung ijazah itu menjadi genggamanmu. Jaga Zahlia sebaik mungkin.
SEKIAN….
Ahmad Fikrey menangis sepuas-puasnya ketika membaca surat itu. Janjinya bersama Nurin untuk ke menara gading hancur lebur. Tangannya erat menggengam erat transkrip keputusan peperiksaannya. Dia dan Zahlia memperoleh keputusan yang cemerlang.
Keesokannya, Ahmad Fikrey dan Zahlia ke pusara Nurin. Nurin disemadikan di sebelah pusara Nizam atas permintaannya. Setelah membaca surah Yassin dan Al-Fatihah, Ahmad Fikrey terus meninggalkan tanah perkuburan.
HIDUP MESTI DITERUSKAN!!!!!

Al-fatihah….

No comments:

Post a Comment