EHEM....EHEMM.....


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 22, 2010

::::::Pakar akui Viagra punca buta:::::::



KUALA LUMPUR: Pakar disfungsi erektil (ED) mengakui pengambilan ubat mati pucuk seperti Viagra memang boleh menyebabkan buta seperti yang didakwa oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).



Pengerusi Majlis Penasihat dan Latihan Disfungsi Erektil Malaysia (Medact), Prof Datuk Dr Tan Hui Meng, berkata kajian pakar mendapati 40 daripada lebih 20 juta pengguna ubat mati pucuk di seluruh dunia seperti Viagra dikesan mengalami masalah penglihatan selepas mengambil ubat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya mereka yang menghidap diabetes (kencing manis), masalah jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, tekanan perasaan lebih berisiko untuk mengalami masalah penglihatan jika mereka mengambil ubat ED.

“Sehubungan itu, mereka yang menghidap penyakit berkenaan yang mengambil ubat ED dinasihatkan lebih kerap berjumpa doktor mata kerana ia memang memberi kesan kepada penglihatan,” katanya dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai laporan FDA yang memberi amaran kepada lelaki mengenai kemungkinan pil merawat mati pucuk boleh menyebabkan buta.

Amaran FDA itu menyebabkan beberapa pengeluar pil berkenaan seperti pengeluaran Viagra, Pfizer Inc dan Eli Lily & Co meletakkan amaran berkenaan dalam label produk masing-masing walaupun mereka tidak pasti dakwaan itu.

Dr Tan berkata, Viagra dan ubat mati pucuk lain perlu diteruskan penjualannya kerana pil berkenaan membantu mereka yang mengalami disfungsi erektil.

Katanya, ubat berkenaan masih selamat tetapi bagi mereka yang menghidap penyakit yang tertentu perlu berhati-hati terhadap kesan sampingannya.

“Kesan sampingan seperti gangguan penglihatan, sakit kepala dan sakit belakang juga berlaku pada kadar rendah kepada mereka yang mengambil ubat ED.”

“Oleh itu, saya berpendapat tidak perlu kita menyekat penggunaan ubat ini walaupun ada kesan sampingan kerana ia sebenarnya selamat dan berkesan. Jika mengikut peraturan penggunaan yang ditetapkan ubat ED ini memang membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

“Dengan adanya pil seperti Viagra ini, lelaki yang mati pucuk boleh merasai hubungan kelamin yang baik yang mana secara tidak langsung membahagiakan pasangan masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment